Wednesday, April 20, 2011

Memberi dan Menerima

Share
Terbaca satu article,
bertajuk :
"Bersedia Untuk Memberi Dan Menerima Pertolongan"
oleh Shahabudeen Jalil (di iluvislam)

Artikel yang menarik,
ada pengisian yang boleh dikongsi bersama...
antaranya:-

1-Di dalam dunia ini, tidak ada seorang manusia pun yang diciptakan Tuhan yang tidak memerlukan orang lain.

2-Namun apabila kita membesar kita mula untuk berubah dan berfikir bahawa kita sepatutnya 'berdikari' dan tidak bergantung harap kepada orang. Ini betul, tetapi ada hadnya.

3-"Beri pertolongan jika kita boleh dan jangan segan untuk terima pertolongan jika ia dapat meningkatkan nilai dalam hidup kita."

4-beri pertolongan selagi kita boleh beri pertolongan. Tak semua pertolongan akan mengurangkan apa yang kita ada.

5-Manusia mendapat lebih kebahagiaan dengan memberi berbanding menerima.

6-Lebih banyak kita dapat menolong orang lain dan menerima pertolongan orang lain, adalah lebih baik. Jangan belajar menolak apa yang diberi orang lain. Terima pemberian ini dengan terbuka hati.

7-Anda mungkin akan menolak peluang yang besar yang menanti anda jika anda menolak kebaikan yang datang kepada anda.

8-Ramai manusia memotong talian rezeki apabila tidak berterima kasih kepada manusia dan tidak bersyukur kepada Tuhan.


harap boleh dijadikan ikhtibar bersama :)

1 comment:

habibah said...

tak perlu BERJUAL BELI prtolongan...
:)