Friday, December 31, 2010

Hukum orang yang sengaja melewat-lewatkan / tidak mahu membayar hutang

Share
Soalan
Saya adalah seorang penjamin kedua bagi rakan sepejabat saya untuk pinjaman peribadinya dengan sebuah bank, manakala kakak iparnya adalah penjamin pertama.
Kini rakan saya itu telah berpisah dengan isterinya dan mengesyaki kakak iparnya sebagai dalang. Jadi untuk membalas dendam kepada kakak iparnya, dia telah tidak membayar hutangnya dengan sengaja walaupun dia sangat mampu membayarnya.
Kini pihak bank telah menghantar surat untuk mengambil tindakan keatas penjamin-penjaminnya termasuk saya.
Apakah hukum orang yang sengaja tidak mahu mem-bayar hutang?. Bagaimanakah dengan amalannya?. Apakah hukum menganiayakan orang yang telah membantunya dengan ikhlas?.

Jawapan
Berdosa besar bagi orang yang sengaja tidak membayar hutang. Seseorang yang suka melewat-lewatkan bayaran hutang setelah berkemampuan untuk membayar-nya, boleh mendatangkan kesan buruk dalam hidupnya bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat antaranya :
    i. Hidup akan ditimpa kehinaan dan hilang maruahnya.
    ii. Hidup mereka tidak akan mendapat keredhaan dan keberkatan   Allah.
    iii. Perbuatan mereka itu digolongkan dalam perbuatan zalim.
    iv. Amalan kebajikan mereka tidak akan diterima.

Sabda Rasulullah S.A.W.
  Maksudnya : “Penangguhan hutang oleh orang yang berkuasa membayarnya, adalah satu kezaliman, halal maruah dan hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang boleh mengambil tindakan ke atas diri dan maruahnya)
(Riwayat Ibnu Majah)

 Sabda Rasulullah S.A.W.
  Maksudnya : “Kurangkan dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkan daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas”.
  (Riwayat Baihaqi)

Disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor

source: http://opzaney.wordpress.com/2007/06/21/hukum-orang-yang-sengaja-tidak-mahu-membayar-hutang/

Thursday, December 30, 2010

Islamic wise sayings

Share
* The most excellent Jihad is that for the conquest of self.

* If you put your whole trust in Allah, as you ought, He most certainly will satisfy your needs, as He satisfies those of the birds. They come out hungry in the morning, but return full to their nests.

* When Allah created his creatures He wrote above His throne: ‘Verily, my Compassion overcomes my wrath.

* Allah will not give mercy to anyone, except those who give mercy to other creatures.

* Kindness is a mark of faith, and whoever is not kind has no faith.

* If you do not feel ashamed of anything, then you can do whatever you like.

* O Lord, grant me your love, grant me that I love those who love you; grant me, that I might do the deeds that win your love. Make your love dearer to me than the love of myself, my family and wealth.

* It is better to sit alone than in company with the bad; and it is better still to sit with the good than alone. It is better to speak to a seeker of knowledge than to remain silent; but silence is better than idle words.

* Verily, a man teaching his child manners is better than giving one bushel of grain in alms.

* Whoever is kind, Allah will be kind to him; therefore be kind to man on the earth. He Who is in heaven will show mercy on you.

* It is difficult for a man laden with riches to climb the steep path, that leads to bliss.

* Who are the learned? Those who practice what they know.

* Allah has revealed to me, that you must be humble. No one should boast over one another, and no one should oppress another.

source: http://islamgreatreligion.wordpress.com/2009/06/22/some-wise-sayings-of-holy-prophet-mohammad-s/

7 Orang yg dinaungi Allah pd hari Qiamat

Share
by Hadyan Syafiq on Wednesday, December 29, 2010 at 6:59pm
http://www.facebook.com/profile.php?id=1645253020

7 Orang yg dinaungi Allah pd hari Qiamat
Hadis daripada Abu Hurairah,Rasulullah S.A.W bersabda...


Apabila akhirat nanti, ada 7 orang yang akan mendapat naungan Allah.Mereka adalah:

1-imam yang adil

2-pemuda yang sentiasa beribadah kepada Allah

3-lelaki yang hatinya terikat kepada masjid

4-dua lelaki yang berkasih sayang kerana Allah, bertemu dan berpisah kerana Allah
 dgn mengharapkan keredhaannya

5-lelaki yang menolak pelawaan wanita yang rupawan lagi bangsawan dan hartawan yg mengajaknya untuk melakukan kemungkaran

6-lelaki yang bersedekah secara diam-diam

7-lelaki yang mengingati Allah, lalu menitis air matanya

 penjelasan kepada hadis di atas.

daripada sabda Rasulullah S.A.W tersebut..ternyatalah 7 orang yang menerima naungan ole Allah pada hari qiamat, aitu hari yang tiada naungan kecuali daripada-Nya sahaje...um..7 orang itu ialah...

1. Imam yang adil.
- okey..imam di sini bukanlah bermaksud imam yang mengimamkan makmum shj,tetapi ia juga meliputi imam(ketua) kepada negara,imam kepada negeri,imam kepada masyarakat,dan sehinggalah imam kepada keluarga iaitu ketua keluarga.

  Yang di maksudkan adil itu ialah apabila dia memerintah hendaklah dia adil sehingga rakyat terasa keadilan itu, apabila bersama keluarga hendaklah dia adil dalam melayan keluarganya itu seperti kalau abang long nyer dapat hadiah, jgn le lupe kat abang ngah ngan abang cik nyer sekali..

  Adil kepada isteri & keluarga, adil kepada masyarakat, dan juga adil terhadap Allah iaitu dengan menjalankan segala perintah-Nya,bersyukur, tidak menyekutui-Nya dan sebagainya.

2. Pemuda yang sentiasa beribadah kepada Allah
- maksud pemuda ialah seorang yang usianya di bawah 40 tahun.Ini kerana di bawah usia 40 thn mereka diganggu dgn bisikan syaitan, hal-hal dunia dan sebagainya.
Pemuda yang sentiasa beribadat itu ialah hidupnya terdidik agama, tekun dan taat beribadat kepada  tuhannyer..

3. Lelaki yang hatinya terikat kepada masjid
- iaitu lelaki yang sentiasa mengimarahkan masjid. Hati mereka terikat kpd masjid dan sentiasa ingin untuk pergi ke masjid, menjaga hubungannya dengan Allah s.w.t, ingin solat berjemaah dan bimbang dan takut kpd azab Alah.Jikalau ada pilihan utk mereka samada untuk ke shopping complex atau ke masjid, mereka lebih ingin utk ke masjid untuk majlis ilmu dan sebagainya..

4. Dua lelaki yang berkasih sayang kerana Allah, bertemu dan berpisah kerana Allah dgn mengharapkan keredhaannya
- haha..um..okey..maksud kasih sayang di sini bukan lah sayang kerana mende lain...tapi persahabatan mereka yang memiliki satu 'bond' yang amat kuat kerana Allah dan bukannya kerana berkawan untuk mendapat darjat, dinaikkan pangkat, mendapat upah dan sebagainya.M

5. Lelaki yang menolak pelawaan wanita yang rupawan lagi bangsawan dan hartawan yg mengajaknya untuk melakukan kemungkaran
- hmm...jelaslah apa yang dimaksudkan disini ialah lelaki yg diminta oleh seorang perempuan utk melakukan perbuatan zina, sedangkan perempuan itu dari keturunan yg baik, kaya raya dan cantik pulak tu..Maka lelaki itu menolak dgn bercakap "Aku takutkan Allah". Terdapat pelbagai kisah yg saye ade tentang lelaki yg menolak perbuatan zina ini..tetepi xleh nak dimuatkan disini sebab ceriternye dah la panjang.

6. Lelaki yang bersedekah secara diam-diam
- lelaki ini, die bersedekah sehinggakan tangan kirinya sendiri pun tidak tahu yg dia bersedekah. Sedekah yg disembunyikan disini ialah sedekah yang sunat dan bukannya sedekah yg wajib.

7. Lelaki yang mengingati Allah, lalu menitis air matanya
- lelaki yang mengingati Allah dalam hatinya atau lidahnya dengan zikir-zikir disertai dgn niat yg ikhlas dan bersih. Bukannya dgn riya' atau dgn kata lain utk menunjuk-nunjuk. Dia muhasabah dirinya, mensyukuri segala nikmat allah..kemudian dia sedar bahawa betapa banyaknya nikmat yang telah diberikan oleh Allah tetapi betapa sedikitnya amalannya.

...kenape sume nyer yg disebut disini lelaki? mane perginye perempuan?..
hmm..orang perempuan sentiasa di dalam jagaan.Maksudnyer jikalau dia belum bernikah, dia didalam jagaan parents nyer..syurga di bawah tapak kaki ibu kan ?...hendaklah dier sentiasa mendoakan ibu bapanya..

dan bagi perempuan juga akhirat adalah sesuatu yang mudah.
-wanita yang menjaga solat 5 waktunya, berpuasa pada bulan ramadhan, mentaati suaminya dan menjaga kehormatannya.. masuklah dia ke syurga daripada mana-mana pintu yang dikehendakinya.
-wanita yang solehah adalah lebih baik daripada 1000 orang lelaki yang soleh..
hendak lah dia mentaati perintah Allah dan menjauhi apa yang dilarangnya...


mudah mudahan dipermasukkan Allah kita ke dalam salah satu daripada golongan tujuh di atas ini lalu mendapat naungan-Nya pada hari qiamat kelak - amin

Tuesday, December 28, 2010

Doa mengharap anak / kenalan anda hilang rasa untuk melakukan maksiat.

Share

Letak tangan di dadanya, dan bacalah doa ini: (Jika sukar membaca, copy, pastekan di atas microsoft word anda dan besarkan saiz tulisan)

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ ذَنْبَهُ، وَطَهِّرْ قَلْبَهُ، وَحَصِّنْ فَرْجَهُ.

Maksudnya:  “Ya Allah, ampunilah dosanya, bersihkan  hatinya dan peliharalah kemaluannya”
Riwayat Ahmad no.22265

Doa ini dipetik dari sebuah hadis daripada Abu Umamah r.a, ketika seorang pemuda mendatangi Rasulullah SAW untuk meminta izin berzina. Rasulullah SAW tidak terus memarahi dan melarangnya, namun Baginda SAW memberikan analogi untuk mengugat perasaan lelaki tersebut dengan memberikan soalan:

“apakah kamu suka bila perzinaan itu dilakukan terhadap ibumu?”

tentu saja dia menjawab tidak suka, manusia manakah yang mahu ibunya diperlakukan begitu. Lalu Rasulullah bertanya lagi secara berurutan, apakah ia suka bila dilakukan terhadap anak perempuannya, saudara perempuan dan makciknya. Pemuda tersebut kemudian sedar tentang impak buruk zina dalam masyarakat lalu terus bertaubat.

Bagi yang ingin mendapatkan doa2 seperti ini sila dapatkan daripada buku 101 Doa drp hadis2 sahih Terbitan Telaga Biru sdn Bhd.

Thursday, December 23, 2010

Hadis tentang lalat

Share

Hadis :
Dari Abi Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: "Apabila lalat jatuh ke dalam minuman salah seorang di antara kamu maka rendamkanlah lalat itu kemudian buanglah. Kerana pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap yang lain terdapat ubat." Riwayat al-Bukhari

Huraian :
Islam menghendaki kita supaya menjaga kebersihan bukan sahaja pada pakaian dan tempat tinggal malah pada makanan dan juga minuman. Rasulullah SAW amat menitikberatkan hal ini sehinggakan apabila seekor lalat pun yang memasuki makanan atau minuman, baginda menyuruh kita berwaspada terhadap penyakit yang bakal menimpa seperti keracunan makanan dan sebagainya. Apa yang disebutkan di dalam hadis di atas telah pun dibuat kajian oleh para saintis pada zaman kemudiannya.

Contohnya pada tahun 1871, Prof. Brefild, Ilmuwan Jerman dari Universiti Hall menemui mikroorganisma jenis Fitriat yang diberi nama Ambaza Mouski dari golongan Antomofterali. Mikroorganisma ini hidup di bawah tingkat zat minyak di dalam perut lalat. Ambaza Mouski ini berkumpul di dalam sel-sel sehingga membentuk kekuatan yang besar. Kemudian sel-sel itu akan pecah dan mengeluarkan sitoplasma yang dapat membunuh kuman-kuman penyakit. Sel-sel tersebut terdapat di sekitar bahagian ke tiga dari tubuh lalat, iaitu pada bahagian perut dan ke bawah.

Simply flash

Share