Tuesday, October 19, 2010

Tempat belajar yg effectif

Share
Time kita kecik2 dlu,
mesti ade yg pernah mengimpikan design2 bedroom seperti dibawah.









Walaupun sekadar angan2 tp ini penting kerana...
Suasana pembelajaran yang selesa mampu memainkan peranan penting
bagi menjamin sesi ulang kaji yang berjaya.

Antara tips2 yg boleh digunapakai untuk ruang bilik yg efektif untuk belajar adalah seperti berikut:

1. Berdekatan tingkap
Pencahayaan, aliran udara dan pemandangan menarik penting bagi menjamin keadaan yang rileks serta
boleh mencuri waktu untuk menyaksikan pemandangan luar selain menghirup udara segar.

2. Kumpulkan alat tulis
Jangan selerakkan alat tulis di atas meja belajar mahupun di dalam laci.
 Perkara itu akan menyusahkan kerana anda leceh mencarinya saat diperlukan.

3. Susun buku mengikut jenis
memudahkan anda mencari sesebuah buku dengan cepat dan tepat.
 Ia juga berkesan bagi mengelakkan kehilangan buku-buku penting terutamanya buku teks.

4. Lampu belajar
penting kerana Gangguan daripada bayang-bayang dan silau mampu menjejaskan tumpuan.

5. Kerusi yang betul
Pilih kerusi yang mempunyai bahagian sandar dan mampu membuatkan anda duduk dengan tegak dan selesa ketika belajar.

6. Asingkan barang tidak penting
tidak bermakna anda tidak boleh langsung meletakkan model kereta skala kecil mahupun patung-patung kegemaran anda di situ sebaliknya gunalah ruang yang sesuai.
Kadangkala barang-barang seperti itu mampu melonjakkan motivasi anda.

7. Tampal bahan-bahan akademik
 seperti jadual waktu, bahan-bahan pelajaran, nota-nota ringkas serta ayat- ayat semangat


Untuk artikle penuh sila klik di sini

http://arhzine.com/homes/category/bedroom-designs/

No comments: