Friday, October 22, 2010

Ringkasan Budget 2011

Share
Bila dgr " Bajet 2011" - mesti ada yg terbayang ucapan panjang berjela-jela, huraian gedabak memnbuatkan kita malas nak bace / dengar..Walaubagaimanapun....bende ni, kena ambil tau juga, sbb ia melibatkan hak kita sebagai rakyat Malaysia.

Berikut aku da simplify sket2...harap korang bace la yek...


    * Transit aliran berkapasiti tinggi (MRT) di Greater KL (Lembah Klang) akan dilaksanakan mulai tahun depan dan ianya dapat menyediakan pengangkutan awam yang efisien dan selesa serta pantas

    * Pembangunan tanah Lembaga Getah Malaysia di Sungai Buloh oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan pembangunan bercampur iaitu kediaman mampu milik, perdagangan industri dan kemudahan prasarana

    * Pasaran modal Islam akan terus diunggulkan
         1. Membangunkan International Board bagi penyenaraian saham asing, termasuk produk patuh Syariah
         2. Pemotongan cukai kepada produk berinovasi bagi sekuriti Islam berlandaskan prinsip Murabahah dan Bai Bi-thaman Ajil berasaskan tawarruq

    * Melancarkan Dana Pencen Swasta pada tahun 2011 bagi memberi manfaat kepada pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri. Therefore pelepasan cukai sebanyak RM6,000 sedia ada bagi caruman pekerja di dalam KWSP diperluaskan ke dana ini

    * Pengecualian duti import dan duti eksais dilanjutkan sehingga 31 Disember 2011 bagi pemegang francais kereta hybrid dan kereta elektrik serta motosikal hybrid dan elektrik

    * Membina beberapa laluan pejalan kaki berbumbung di kawasan lingkaran KLCC-Bukit Bintang (RM50 juta)

    * Duti import ke atas 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan pada kadar 5% to 30% dimansuhkan antaranya beg tangan, bola golf, dompet, syampu, selimut, kemeja, baju tidur, pakaian dan pakaian malam, seluar dalam dan wangian

    * Cukai jualan sebanyak 10% ke atas telefon bimbit dikecualikan sepertimana PDA yang tidak dikenakan cukai pada masa ini

    * Kadar cukai perkhidmatan dinaikkan 1% kepada 6%. Di samping itu cukai perkhidmatan akan dikenakan ke atas perkhidmatan penyiaran TV berbayar - ASTRO

    * Sistem pendidikan negara akan dirombak dengan memberi penekanan kepada daya pemikiran, sahsiah diri, kreativiti, inovasi dan daya saing. RM6.4 billion akan disediakan bagi membina dan menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan profesion guru

    * Peruntukan RM111 juta untuk program PERMATA

    * Memperkasan Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
         1. Menambah peratusan staf akademik berkelulusan PhD kepada 75% (universiti penyelidikan) dan 60% (IPTA lain)
         2. Menambah baik peluang kenaikan pangkat pensyarah IPTA

    * Kerajaan akan menguatkuasa gaji pokok minimum untuk pengawal keselamatan kepada RM500 to RM700 sebulan mengikut kawasan compared with RM300 to RM400 pada masa ini mulai Januari 2011

    * Kerajaan memberi flexibility kepada pekerja wanita untuk menentukan sendiri tempoh Cuti Bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari berbanding 60 hari pada masa ini tertakluk kepada kelayakan keseluruhan bilangan Cuti Bersalin sebanyak 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatan

    * Program bantuan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang melibatkan RM218 juta yang akan dimanfaatkan oleh 80,000 OKU

    * Kerajaan akan melaksanakan program perintis "Small Office Home Office" untuk wanita kurang upaya selama 3 bulan bagi melatih wanita OKU dalam pelbagai bidang kemahiran

    * Rebat bayaran elektrik sebanyak RM20 sebulan diteruskan sejak ianya diperkenalkan pada tahun 2008 yang mana melibatkan 1 juta pengguna di seluruh negara @RM150 juta

    * Pelepasan cukai sebanyak RM5,000 ke atas perbelanjaan perubatan ibu bapa diperluaskan lagi kepada bayaran menghantar ibu bapa ke rumah jagaan harian, bayaran menggaji pembantu khusus menjaga ibu bapa dan perbelanjaan keperluaan harian mereka seperti lampin pakai buang

    * Menyedia bekalan air dan elektrik luar bandar di Sabah (RM1.5 bilion) dan Sarawak (RM1.2 bilion) dan semenanjung Malaysia (RM556 juta)

    * Menyediakan Unit Khas Bergerak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi memudahkan penduduk kawasan terpencil di Sabah, Sarawak dan Semenanjung untuk mendaftar kerakyatan

    * Menaikkan elaun bulanan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Persekutuan (JKKKP), Tok Batin, Pengerusi JKKK Orang Asli dan Pengerusi Kampung Baru from RM450 to RM800

    * Elaun Imam dinaikkan from RM450 to RM750 sebulan dan imbuhan bulanan guru KAFA dinaikkan from RM500 to RM800 mulai 1 Januari 2011

    * Kadar tol empat lebuhraya PLUS tidak akan dinaikkan bagi tempoh 5 tahun bermula serta-merta

    * RM15.2 billion diperuntukan bagi membina hospital baru, menambaah bilangan doktor dan jururawat serta bekalan ubat dan peralatan perubatan

    * 1MDB akan menyediakan multi-vitamin untuk pelajar sekolah rendah daripada golongan berpendapatan rendah

    * Meringankan beban penjawat awam (gred 54 dan ke bawah) bagi menampung perbelanjaan persiapan sekolah dengan memberi Bantuan Khas Kewangan (Bonus) sebanyak RM500 yang akan dibayar pada bulan Disember 2010. Ianya juga layak bagi pegawai kontrak dan pesara Kerajaan

    * Menyambung perkhidmatan Pegawai Khidmat Singkat bagi tempoh setahun lagi yang mana sebelum ini tamat sehingga 31 Disember 2010

    * Menaikkan kadar pinjaman perumahan maksimum daripada RM360,000 kepada RM450,000



Budget di atas xbrape lengkap, yg lengkap punyer...klik di sini

No comments: