buat semua sahabat blogger,
sudah 2 minggu blog ini tidak diupdate,
maklumlah tuan empunya blog ni bz skit dgn fyp (Final Year Project) + MidSem exam.
btw,
nak kongsi satu info tentang majlis ilmu yg bakal diadakan di UKM,
Harap sahabat2 blogger yg berkesempatan , terutamanya kalau ade yg student UKM dapat hadirkan diri bg memeriah dan meramaikan lgi majlis2 ilmu.
Kuliah Cintakan Rasul,
sempena Maulidur Rasul
pada 15 feb ini bersamaan hari selasa depan
disnap sewaktu di Masjid UKM smalam
smbil mendengar perucapan perhimpunan oleh orang kuat Mahasiswa Ukm tentang krisis di Mesir
*yg telah menyebabkan selipar ku diambil org...
adoi...xpe r, maybe tertukar kot...
Pengisian sikit~~~
Telah berkata Al-Fakih Abu Laits As-Samarqandi di dalam kitab Tanbihul Ghafilin:
"Barangsiapa datang kepada orang alim lalu hadir dalam majlisnya serta tidak mampu mengingati atau menghafal pelajaran tersebut maka baginya 7 macam kemuliaan":
1- Dia akan mendapat kemuliaan orang-orang yang belajar agama.
2-Selama dia duduk di dalam majlis tersebut, dia akan tertahan daripada berbuat dosa dan kesalahan.
3- Apabila dia keluar daripada rumahnya turun rahamat ke atasnya.
4- Apabila duduk dia di sisi orang alim tersebut maka turun rahamt ke atas penuntut-penuntut ilmu, maka menimpa dia juga dengan berkat majlis tersebut.
5- Selama dia mendengar ilmu tersebut nescaya dituliskan baginya kebajikan.
6- Malaikat menaung ke atas mereka dengan sayap-sayapnya kerana redha dengan majlis tersebut padahal dia ada di dalamnya.
7- Tiap-tiap kali kakinya melangkah dikifaratkan segala dosa-dosanya dan dinaikkan beberapa darjat dan ditambah segala kebajikan.
dicopy dari
http://madrasahaliyah.blogspot.com/2008/07/kelebihan-menghadiri-majlis-ilmu.html
No comments:
Post a Comment